Friday, February 12, 2010

Saiful says.......

Sebahagian intipati menarik sepanjang tiga hari pertama keterangan Saiful:

* Saiful serahkan polis seluar dalam berwarna biru gelap jenama Levis, yang dipakai semasa kejadian dan baju kemeja hijau jenama G2000;

* Saiful juga serahkan baju kemeja biru lembut jenama Ralph Lauren, yang dipakai pada masa kejadian dan cecair pelincir KY Jelly pada 28 Jun 2008, dua hari selepas kejadian;

* Saiful turut serahkan sehelai lagi seluar dalam berwarna kelabu jenama Levis yang dipakainya semasa membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, yang diambil di tepi mesin basuh di rumah tunangnya;

* Saiful turut mengesahkan 10 barang kes lain, termasuk calitan dari bawah lidah, badan dan sekitar dubur serta sampel darah untuk profil DNA;

* Saiful pergi ke kondominium tersebut dengan hanya perlu menyebut perkataan “Mokhtar” sebagai kata laluan;

* Saiful hanya bekerja dengan Anwar empat bulan iaitu awal Mac 2008 sehingga 28 Jun tahun 2008. Berhenti sebagai pembantu peribadinya kerana tidak sanggup lagi diliwat oleh majikannya itu;

* Saiful berhenti kerja kerana tidak rela lagi diperlakukan seperti dalam pertuduhan;

* Mahkamah kemudian membenarkan perkataan “lagi” dikeluarkan;

* Saiful mula bekerja seminggu sebelum pilihan raya umum ke-12. Ditugaskan sebagai sukarelawan iaitu mengatur jadual perjalanan pilihan raya dan program pilihan raya bagi Anwar;

* Setelah dua bulan bekerja, iaitu pada April dia dilantik sebagai pembantu peribadi tetapi tiada surat pelantikan diberikan kepadanya;

* Selaku pembantu peribadi, empat tugas Saiful ialah mengatur pertemuan sulit Anwar untuk berkomunikasi dengan ejen ahli-ahli Parlimen yang ingin lompat parti, membantu Ibrahim Yaakub iaitu pembantu khas Anwar bagi mengatur jadual Anwar, membuat filing dokumen sulit Anwar seperti penyata bank dan mengawal selia telefon bimbit peribadi Anwar pada setiap pagi seperti memeriksa SMS dalam telefon itu;

* Saiful dibayar gaji secara rasmi RM1,000 sebulan dan diberikan elaun ASD$1,000 dan HKD$10,000, bergantung pada lawatan yang diikutinya;

* Bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Kuasa Elektrik Uniten terkandas kerana kerana gagal dalam peperiksaan;

* Saiful telah pergi ke tiga buah hospital, termasuk dua hospital swasta, untuk membuat pemeriksaan kerana sakit perut dan dubur. Dia juga tidak membuang air besar selama dua hari;

* Anwar dikatakan tawar bantuan kewangan untuk Saiful belajar; dan

* Mahkamah juga melawat kondominum itu dua kali minggu lalu.

No comments: