Saturday, June 21, 2008

kuasa Allah dan amerika

Air Sungai Mississippi mula melimpahi tebing
IOWA 19 Jun - Paras air di sungai Mississippi semalam melimpah dari 12 tambak yang dibina di sebalik kejadian banjir buruk yang telah menenggelamkan ladang-ladang mengakibatkan kerugian bernilai berbilion dolar.
Lebih membimbangkan lagi cuaca buruk itu dijangka akan meningkatkan kadar inflasi makanan dunia.
Setakat ini 22 tambak telah pecah dan 10 daripadanya berlaku dalam minggu ini mengakibatkan paras air sungai menyusut dan melimpah ke ladang-ladang berhampiran.
Pihak berkuasa tempatan dan sukarelawan kini sibuk menambak laluan air utama menggunakan beg pasir di kebanyakan kawasan di Amerika Syarikat (AS) bagi menahan tambak daripada pecah dan menyelamatkan ribuan ekar tanaman utama daripada ditenggelami air.
“Kami berasa sedikit lega kerana paras air sungai menurun sedikit tetapi dijangka keadaan ini tidak kekal lama.
“Namun kami masih terus menambak kawasan ini dan keadaan dijangka akan menjadi kritikal malam ini,” kata seorang pekerja dari Agensi Perkhidmatan Kecemasan Daerah Hancock, Kathy Dougherty.
Bencana ini merupakan yang paling buruk melanda Tengah Utara AS dalam tempoh 15 tahun yang turut memusnahkan sebahagian besar kawasan pertanian dan memaksa lebih 10,000 penduduk dipindahkan ke kawasan selamat.
Kerugian akibat bencana ini dijangka mencecah lebih AS$20 bilion (RM64 bilion) dan Iowa merupakan negeri paling teruk terjejas akibat banjir.
Kejadian ini turut mengakibatkan harga di pasaran komoditi, pengeluar makanan dan pengeksport melambung.
Lembaga Perdagangan Chicago melaporkan harga dagangan jagung telah mencatat rekod apabila diniagakan pada harga AS$8.07 untuk satu busyel.
AS menguasai eksport jagung dunia sebanyak 54 peratus, kacang soya 36 peratus dan gandum 23 peratus.- Reuters

No comments: