Wednesday, December 30, 2009

Surat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Surat Kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
Assalamualaikum

YANG BERHORMAT DATO' SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Aras 9, Blok D7, Parcel D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62519 PUTRAJAYA.

30 Mac 2009

Kerajaan dimohon mendesak Majlis agama bertindak terhadap seminar ajaran sesat Musawah di KL

Saya merasakan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan perlu bertindak terhadap penganjur program Musawah anjuran Sisters In Islam (SIS) di hotel Prince, Bukit Bintang pada 13 hingga 18 Februari baru-baru . Walaupun perkara ini telah lama berlaku atau dikatakan isu basi namun saya merasakan ianya perlu diberi perhatian oleh pihak Dato' Seri. Hal ini adalah kerana program ini adalah suatu program ajaran sesat yang diadakan secara ،®legal،¯ dan terbuka di Kuala Lumpur.

Masyarakat Malaysia telah sarat dengan kehadiran ajaran-ajaran sesat seperti Nabi Melayu yang belum diputuskan kesnya, kes Ayah Pin dan sebagainya, kini Sister In Islam yang banyak mencabar system syariah di Malaysia mengadakan pula wacana yang bakal member impak negative seta membangkitkan semangat para liberalis untuk mencabar sistem perundangan Islam di Malaysia.

Antara pembentang yang dijemput adalah seeprti Amina Wadud, Ziba Mir Hosseini, Muhd Khalid Masud, Hussein Muhd. Semua umat Islam tidak kira muda atau tua pernah dikejutkan dengan gelagat sesat Amina Wadud yang mengimami solat Jumaat di Amerika Syarikat. Beliau bukan saja menyesatkan kerana memperomosikan solat Jumaat lelaki dan perempuan malah ianya boleh diimamkan oleh seorang wanita! Bukan sekadar itu, beliau juga mempertikai mengapa solat Jumaat tidak diadakan dalam sebuah Gereja Kristian.

Di celahan rasa cemas dan sedih umat Islam dalam mengikuti penderitaan umat Islam di Gaza, dalam kekecohan politik tempatan di Malaysia, Sister In Islam mengambil peluang pula untuk mengadakan Wacana ajaran sesat mereka secara terbuka. Saya memohon Pihak Menteri Hal Ehwal Agama, Pihak Mufti Wilayah serta JAWI mengambil tindakan terhadap SIS yang terlalu banyak memesongkan aqidah umat Islam di Malaysia. Forum Hal Ehwal Islam, seminar dan sambutan Maulidur Rasul tidak akan berjaya menjaga iman rakyat Malaysia jika pihak berkuasa masih membenarkan ajaran sesat ،®halal،¯ ini berleluasa.

Untuk makluman Dato،¯ Seri, ancaman golongan bukan Islam semakin meruncing dalam segala aspek seperti desakan penggunaan kalimah Allah, solat dan Rasul di Malaysia. Di samping itu masih banyak individu dan pertubuhan tertentu di Malaysia yang menjadi agen dan alat kepada serangan terhadap substensi Islam melalui pelbagai agenda meliberalkan pemikiran umat Islam hingga menolak sistem asal Islam yang telah terjamin melalui perlembagaan dan undang-undang syariah negeri-negeri melayu.

Sebarang tindakan Dato،¯ Seri untuk menangani isu Sister In Islam ini serta pengikutnya adalah suatu usaha yang melambangkan kerajaan yang terus akan pertahankan agama Islam dalam segala keadaan sekalipun. Saya mewakili TERAS memohon pihak Dato' Seri bertindak segera sebelum gerakan ini mendominasi masyarakat Islam kita. Saya juga pernah menulis banyak berkaitan isu liberalisasi ini untuk mengajak umat Islam cakna dan sedar akan isu kritikal ummah hari ini.

Jasa pihak kerajaan akan dikira sebagai amal di akhirat kelak.

Sekian Terima Kasih.

Muhammad Nuruddin Bashah

AJK Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) Perak

No comments: